Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 16 April 2018

Di mana ada RACUN dan di situ juga ada PENAWARNYA

6:53:00 PTG 0
Di mana ada RACUN dan di situ juga ada PENAWARNYA
Di mana ada RACUN dan di situ juga ada PENAWARNYA
*BICARA TASAWWUF*

BISMILLAH...

Di mana ada RACUN dan di situ juga ada PENAWARNYA...

Cintakan dunia itu adalah racun...
Syukur dan Zuhud itu adalah penawarnya..

Cintakan harta itu adalah racun...
Berzakat itu, adalah penawarnya..

Bercakap sia-sia itu adalah racun...
Berzikir itu adalah penawarnya...

Seluruh kehidupan itu, adalah racun...
Ketaatan kepada Allah itu adalah penawarnya.

Sepanjang tahun itu adalah racun...
Bulan Ramadan itu adalah penawarnya.

Malas beribadah itu adalah racun...
Istiqomah itu penawarnya.

Riak  itu adalah racun...
Ikhlas itu adalah penawarnya.

Keakuan itu adalah racun...
Fana' itu adalah penawarnya.

Takut terhadap makhluk adalah racun...
Tawakkal kepada Allah itu penawarnya.

Dosa itu adalah racun...
Taubat nasuha itu adalah penawarnya.

Seyogia...
Beramal dan beribadahlah kita sepanjang masa..
Mengikut syariat daripada ajaran agama..
Diberi panduan untuk mengikutinya..
Terbabas daripada landasan bertaubatlah SEGERA padaNya yang Maha Esa..

Diberi jalan untuk memudahkannya..
Jangan leka dari mencari pahala untuk bekalan kita ke sana..
Segala amal ibadah bersama dengan ilmunya dan keikhlasan yang ada..
Teruskan beristiqamah dengannya pasti kita akan   menjadi insan yang sentiasa BERTAQWA..

والله أعلم بالصواب
 بَارَكَ اللهُ فِيكُمْ

Ahad, 15 April 2018

Tanda Tubuh Ada Gangguan Jin

11:58:00 PG 0
Tanda Tubuh Ada Gangguan Jin
Tanda Tubuh Ada Gangguan Jin


Hampir tiap2 hari, kami mendapat pertanyaan yg sebegini,

"Ustaz, macam mana kita nak tahu dalam badan kita ada gangguan jin atau tak?"
.
Jom kita sama2 baca tanda2 di bawah ni :

1)Kerap sakit Belakang,Bahu tengkuk urat belikat kerap sakit
2)Kerap sesak nafas sakit dada ulu hati
3)kerap Rasa resah gelisah berdebar2 tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
4)Kerap sakit kepala,makan ubat tetap sakit
5)Kerap kembung perut sedawa angin
6)Kerap rasa berdenyut2,di bawah Ari2,(wanita)
7)Kitaran haid tak normal
8.)Lambat mendapat zuriat
9)menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami@isteri
10)Kerap bergaduh besar walaupun perkara2 Kecil
11)Ketika marah kerap meminta cerai
12)Tidak suka tidur bersama
13)Nafsu tiada terhadap suami@Isteri
14)Tercium bau badan busuk hanyir ,nafas berbau pada tubuh suami@isteri
15)Suka bersendiri di dalam bilik
16)Tidak suka tempat2,yg bising
17)Sukar tidur malam
18)Kerap mimpi baby,menyusu Dan bermain baby
19)Kerap mimpi Ular,kala jengking Dan binatang berbisa
20)Kerap  mimpi pasangan kita curang
21)perasaan curiga cemburu buta yg kuat
22)Kerap bermimpi tempat Kotor busuk
23)Kerap terbau kemenyan,colok setanggi
24)Bila berjauhan dgn pasangan perasan rindu syg amat2 menebal
25)Kerap teringat merindui seseorang yg tidak di kenali Dan di kenali
26)Menjadi resah gelisah terdengar azan Dan ayat suci Al Quran
27)Kerap bermimpi bersetubuh dgn Org lain
28)Kerap ternampak kelibat dalam rumah

.
Di atas adalah serba sedikit Bagi org yg terkena gangguan  makhluk halus, sihir dan saka. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dgn anda dan boleh ikhtiar amalkan mandian dan minyak bidara.

Jgn sampai terlambat boleh mengakibatkan kemusnahan rumahtangga anda,kebahagiaan keluarga anda.

Moga di jauhkan perkara di atas berlaku pada kita dan keluarga kita.. Aamiin..

#SilakanShare

Sabtu, 14 April 2018

Kisah Hamka Dan Soekarno. Hebatnya peribadi diri Hamka

6:45:00 PTG 0
Kisah Hamka Dan Soekarno. Hebatnya peribadi diri Hamka
Kisah Hamka Dan Soekarno. Hebatnya peribadi diri Hamka

Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, HAMKA dipenjara selama dua tahun empat bulan oleh Soekarno atas beberapa tuduhan termasuk berkomplot dengan Tungku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia untuk membunuh Soekarno. HAMKA ditahan pada 12 Ramadan 1383 selepas baru selesai mengajar kaum ibu di Masjid Agung Al-Azhar, Jakarta. Beliau telah dikurung di beberapa tempat berbeza, berpindah randah.

Dalam tempoh ini, semua buku dan karya HAMKA diharamkan dan beliau juga tidak dapat memenuhi undangan ceramah dan mengajar. Ini secara langsung telah menghentikan semua sumber pendapatannya bagi menyara keluarga. Di samping HAMKA tersiksa di dalam tahanan, keluarganya juga terpaksa bergolok gadai bagi meneruskan kehidupan. Isteri HAMKA sehingga terpaksa menjual pakaian dan barang-barang perhiasan miliknya.

Setelah rejim Soekarno dijatuhkan oleh Soeharta, HAMKA dibebaskan dan beliau kembali meneruskan rutin beliau sebagai pendakwah dan guru agama seperti sebelumnya.

Setelah beberapa tahun dibebaskan, pada tanggal 16 jun 1970, tiba-tiba HAMKA dihubungi oleh seorang pegawai tertinggi tentera mewakili Presiden Soeharto. Pegawai tersebut pagi-pagi telah hadir ke rumah HAMKA membawa pesan dari keluarga Soekarno. Pesan itu adalah pesan terakhir Soekarno kepada keluarganya dan telah diperkanankan oleh Presiden Soeharto untuk dilaksanakan.

Pesan Soekrano itu berbunyi, "Bila aku mati kelak, minta kesediaan HAMKA untuk menjadi imam sholat jenazahku."

"Jadi beliau telah wafat?" tanya HAMKA.

"Iya Buya. Bapak Soekarno telah wafat di RSPAD, sekarang jenazahnya telah dibawa ke Wisma Yaso." jawab pegawai tersebut.

Tanpa berfikir panjang, HAMKA terus bergegas ke Wisma Yaso. Di sana telah ramai tokoh-tokoh besar termasuk Presiden Soeharto dan masyarakat berkumpul.

Tanpa banyak soal, HAMKA dengan mantap mengimamkan solat jenazah mantan Presiden pertama Indonesia itu walaupun diri dan keluarganya telah banyak difitnah dan dizalimi oleh Soekarno.

Tindakan HAMKA telah mendapat reaksi yang pelbagai. Ramai rakan-rakan HAMKA membantah kerana sebahagian mereka beranggapan secara langsung atau tidak langsung, Seokarno adalah seroang munafik, anti Islam dan anti Tuhan. Tidak kurang juga yang mengungkit-ungkit kezaliman Seokarno terhadap HAMKA dan keluarganya.

HAMKA menanggapi semua reaksi tersebut dengan berkata:

"Hanya Allah yang mengetahui seseorang itu munafik ataupun tidak. Yang jelas, sampai ajalnya, dia tetap seorang Muslim. Kita wajib menyelenggarakan jenazahnya dengan baik. Saya tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakiti saya. Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan saya ditahan, saya merasa itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga dari Allah kepada saya, sehingga dapat saya menyelesaikan Kitab Tafsir Alquran 30 Juz. Bila bukan dalam tahanan, tidak mungkin ada waktu saya untuk mengerjakan dan menyelesaikan pekerjaan itu."

HAMKA menyambung lagi:

"Ada lagi jasa besar Seokarno untuk umat Islam di Indonesia. Dua buah masjid. Satu di Istana Negara yaitu Masjid Baitul Rahim, dan satunya lagi sebuah masjid yang terbesar di Asia Tenggara, yaitu Masjid Istiqlal. Mudah-mudahan jasanya dengan kedua masjid tersebut, dapat meringankan dosa Soekarno."

Begitulah contoh sikap seorang tokoh #tasawuf yang berjiwa besar.

Hari ini sebahagian orang cukup bersahaja menjenakakan orang yang memaafkan musuhnya dengan sangkaan-sangakaan mereka. Bahkan sebahagian mereka juga cukup bersahaja apabila menggelar orang-orang yang mereka benci dengan gelaran-gelaran yang cukup berbahaya seperti si fulan anti Islam, si fulan munafik dsb seolah-olah Tuhan berbicara terus kepada mereka mengesahkan hal tersebut.

Kepada Tuhan kita mohon rahmat, keampunan, perlindungannya.