Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 31 Oktober 2017

BERNIAGA SUATU TARBIYAH

12:23:00 PTG 0
BERNIAGA SUATU TARBIYAH
BERNIAGA SUATU TARBIYAH
Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. Apa produl itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik. Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Aku juga pernah berputus asa berniaga. Tapi aku belajar rasa sakitnya jatuh, supaya kelak aku faham nikmatnya bangkit.

Sunnah itu bukan pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

Isnin, 30 Oktober 2017

Blogger Dan Iklan Haram

5:33:00 PTG 0
Blogger Dan Iklan Haram
Cek Nuffnang
Hari ini balik rumah surat sampai kat rumah. Biasanya malas aku nak baca, surat yang sampai untuk aku biasanya surat minta hutang ajer...hahahaha.

Hari ini surat yang sampai adalah surat yang mengembirakan iaitu cek dari Nuffnang. Syukur alhamdulilah akhirnya sampai setelah sebulan aku konpemkan. Lama juga baru sampai, aku pun dah terlupa.

Taklah banyak hanya ratusan ringgit sahaja. Sebenarnya aku dah lama tinggalkan Nuffnang semenjak dah ada Google Adsense dan Bidvester.
Baik pakai mereka dari pakai Nuffnang sebab mereka bayar dalam bentuk USD.

Tapi semenjak kebelakangan ini entahlah, gerak hati aku tak mahu pakai Bidvester lagi. Sebab iklan mereka ada iklan yang agak lucah. Bukanlah lucah sangat sampai bogel-bogel..ahaks.

Sebagai contoh ialah pompuan pakai bikini pun ada dan juga iklan kasino. Aku dah block iklan macam tu tapi tahu sahaja ler, standard omputih. Iklan macam ini dianggap sah.

Google adsense lebih baik dan tiada iklan murahan macam tu. Entah lee, kadangkala bila libatkan soal duit, kita tutup mata dengan memberi justifikasi kepada diri kita. Iklan ni bukannya ada bogel sangat pun. Hanya pakai bikini.

Bab kasino tu, alah itu iklan main kasino online jer. Tak per kot. Itulah justifikasi aku dahulu. Menghalalkan yang haram...huhuhuhu.

Allah Maha Kuasa, tempoh hari ada bual dengan rakan kilang. Bicara tentang main forex, ia pun takut nak main sebab takut hukumnya haram. Lagi-lagi jika dia labur duit, orang lain mainkan. Itu kategori macam judi sebab kita main forex tapi tak tak der pengetahuan. Boleh jadi haram, lainlah kalau kita ada ilmu forex dan kita main. Itu lain.

Banyak yang kami bualkan dan bila bicara tentang duit halal dan haram ni. Aku terfikir apa yang dia katakan.

Adakah aku masukkan iklan dalam blog aku ini selama ini duit yang haram. Subnaallah. Aku dah ler kategori bukan kuat agama dan menambah benda macam ni. Pehhh..dapat dosa percuma.

Sejak kelmarin, aku dah tutup akaun Bidvester aku dan pakai Nuffnang kembali. Sampai jumpa iklan yang beri pulangan yang baik.

Kadang-kadang kita ni bertuah dijumpakan rakan yang beri nasihat secara tak nampak. Kesimpulannya kalau nak jadi baik, carilah rakan yang baik..amin.

Mahu tak mahu aku pakai balik yer...hehehehe.
Baik duit kurang dari dapat duit hasil iklan haram.

Buat blogger semua, jika anda terambil iklan yang diluar dari batasan agama kita dan kita terlibat mengiklannya, buang sahaja iklan tersebut.

Kalau tak salah aku, Bidvester ini dah balik kali aku cash ini. Pehhhh...
Sekali lagi aku justifikasikan diri aku, mungkin aku tak tahu kot. Kini dah tahu, janganlah buat lagi..
Cek Nuffnang

Jumaat, 27 Oktober 2017

Tahukah Anda?

12:58:00 PTG 0
Tahukah Anda?

Tahukah Anda?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat nanti.
Hal ini sdh dijelaskan dlm Al-Qur'an : andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..
Maka banyakkan lah beristighfar.

Tahukah Anda?

Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati.
Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita merasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahwa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah.
Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar hanya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahwa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa2 kita yang berguguran..

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia.
Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahwa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutama setiap kali sebelum tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat,
maka tiada halangan antara kita dgn syurga kecuali kematian...

Tahukah Anda?

Bahwa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat,
Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa =D
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Khamis, 26 Oktober 2017

RAHSIA KETENANGAN

1:34:00 PTG 0
RAHSIA KETENANGAN
RAHSIA KETENANGAN
Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam maksiat.

Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH

Sahabat ku:

Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SEHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
Sebab
Si kayapun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma Selembar.

Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Sahabat ku: :)

"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri, utk share dgn sahabat anak & keluarga.. semoga Allah memberkati & meredhai kita.

Aamiin..

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

NASIHAT YANG BERBEKAS DIJIWA

1:33:00 PTG 0
NASIHAT YANG BERBEKAS DIJIWA
NASIHAT YANG BERBEKAS DIJIWA
Salah satu tulisan yang sangat mengesankan ditulis oleh Syeikh Muhammad Sayyid Tantawy, Imam Besar Masjid Al-Azhar, Mesir

‎كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا

Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita

‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita

‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا

Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita

‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا

Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian

‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا

Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri hati

‎لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ
‎فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ

Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain

‎يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ
‎رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك

Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tidak akan pernah tercapai

‎وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك
‎فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ

Sedangkan redha Allah, destinasi yang pasti sampai, maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan tumpukan saja pada redha Allah

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Rabu, 25 Oktober 2017

TAHUKAH ANDA, SIAPA PENDUDUK BUMI SEBELUM ADAM ?

1:15:00 PTG 0
TAHUKAH ANDA, SIAPA PENDUDUK BUMI SEBELUM ADAM ?

TAHUKAH ANDA, SIAPA PENDUDUK BUMI SEBELUM ADAM ?

KENALI MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHUNI DAN MELATA DISELURUH PLANET BUMI SEBELUM ERA ANAK-ANAK ADAM BERKUASA..

Djinn ialah makhluk Allah yang mendiami bumi jauh lebih lama sebelum penciptaan Al-Insan ADAM. Terdapat beberapa bangsa dari kalangan Djinn yang disebut dalam Kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Antara yang kerap disebut dan terkenal dikalangan manusia dari tiga Clan (Ifrit, Marid & Nasnas) yang pernah berkhidmat dibawah kerajaan Agung Raja Sulaiman.Selebihnya dari bangsa-bangsa primitif yang mendiami dan melata seluruh pelusuk bumi sebelum Khalifah Khalifah Anak Adam mendominasi Dunia.
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”
(Surah Al-Jinn 72 : ayat 6)

`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.” (Surah Al-Jinn 72 : ayat 8)

‘IFRIT

Antara bangsa yang agak rapat dengan Manusia. Makhluk Djinn paling berpengaruh, Mahir dalam Ilmu Arkitektur, sering terlibat dalam membantu pembinaan Monumen Gergasi Tamadun Manusia. Bangsa Bengis dan Bertubuh berapi. Terlibat dalam membantu Kerajaan Nabi Sulaiman.

MARID

Bangsa paling bertamadun. Memiliki raut seiras Manusia. Hebat dalam Ilmu Sihir dan Magis.Ada dikalangan mereka yang berpengaruh diangkat sebagai Dewa dalam tamadun Purba Manusia. Sering diseru untuk membantu Maharaja2 dan Pawang manusia

NASNAS

Bangsa ketiga terbesar. Mendiami dasar laut terdalam. Bertubuh separuh Djinn separuh hidupan marin. Sering menjauhi hidupan darat terutama semenjak kemunculan anak-anak Adam. Menyerang kapal-kapal yang melalui kawasan nya.

GHUL

Berkemampuan merubah rupa bentuk (shape-shifting) menjadi apa saja. Kerap memperdaya kumpulan Pengembara manusia. Makhluk Primitif pemakan Bangkai dan Mayat. Menghuni dikaki Bukit, Kawasan Gurun dan Hutan-Hutan Tebal.

HINN

Mempunyai fizikal besar dan bersayap. Kehidupan sangat misteri dan sangat sedikit jumlahnnya, hidup dalam kelompok Kecil jauh dari kumpulan-kumpulan lain. Antara yang terawal mendiami bumi.

JANN

Makhluk Gergasi dan bersayap. Mampu menyemburkan api. Musuh kepada Bangsa Hinn. Mengawal dan menjaga sumber emas dibumi. Antara yang terawal mendiami bumi

PALIS

Hidup secara bersendirian. Tinggal didalam sarang-sarang yang dibina dicelah bukit dan hutan. Menyerang haiwan-haiwan, menghisap darah manusia. Hanya bergerak diwaktu malam dan tidak gemar pada cahaya.

SHAITAN

Kumpulan Rebel pemberontak dari kalangan Ifrit. Sangat menyanjung Lucifer/Iblis
Selepas mendapat berita tersingkirnya, Lucifer dihalau kebumi semula. Mereka membentuk sebuah bala tentera dibawah arahan Lucifer

SHIQQ

Bangsa yang memiliki fizikal sangat besar
Digelar Rakshasha oleh sesetengah tempat
Gemar melakukan kerosakan. Sangat digeruni oleh bangsa-bangsa lain.

SI’LAT

Makhluk Yang hidup diudara, juga mampu bertukar wajah dan menyamar sebagai manusia, sering menonjolkan diri seperti pusaran angin. Tinggal kawasan pergunungan tinggi dan diatas awan. Musuh kepada makhluk Ghul.

SESUNGGUHNYA MEREKA HANYALAH SEBAHAGIAN PENGHUNI BUMI YANG DICIPTA ALLAH DAN SESUNGGUH NYA MANUSIA ADALAH SEINDAH MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG SEMPURNA…

WALLAHUALAM..

Ahad, 22 Oktober 2017

Cara Minum Madu Ikut Rasulullah SAW.

12:37:00 PTG 0
Cara Minum Madu Ikut Rasulullah SAW.
Cara Minum Madu Ikut Rasulullah SAW.

Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH, Patutlah Tak Jadi Ubat

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”

Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda

Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.

1. Betulkan Cara Makan

Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.
Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.
Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.
Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.

2. Makan Buah Dengan Betul

Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.

3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar

Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.
Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.
Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.

4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air

Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk.
Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.
Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.
Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..

Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.
Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

3. Untuk Rawatan Bahagian Badan

Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.
Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah

Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

5. Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!

√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas

Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk
Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Jumaat, 20 Oktober 2017

BAGAIMANA AKAN MASUK KE HADRAT ALLAH SEDANGKAN MASIH BELUM BERTAUBAT DARI DOSA

12:26:00 PTG 0
BAGAIMANA AKAN MASUK KE HADRAT ALLAH  SEDANGKAN MASIH BELUM BERTAUBAT DARI DOSA
taubat

Uzlah/suluk tubuh badan saja tidak memberi kesan yang baik jika hati tidak ikut beruzlah/suluk. Walaupun tubuh badan dikurung hati masih boleh dihijab oleh empat perkara :

1) Gambaran, ingatan, tarikan dan keinginan terhadap benda-benda alam seperti harta, perempuan, pangkat dan lain-lain.

2) Kehendak atau syahwat yang mengarahkan perhatian kepada apa yang dikehendaki.

3) Kelalaian yang menutup ingatan terhadap Allah s.w.t.

4) Dosa yang tidak dibasuh dengan taubat masih mengotorkan hati.

Diri manusia tersusun daripada anasir tanah, air, api dan angin. Ia juga diresapi oleh unsur-unsur alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan, haiwan, syaitan dan malaikat.

Tiap-tiap anasir dan unsur itu menarik hati kepada diri masing-masing. Tarik menarik itu akan menimbulkan kekacauan di dalam hati. Kekacauan itu pula menyebabkan hati menjadi keruh.

Hati yang keruh tidak dapat menerima sinaran nur yang melahirkan iman dan tauhid. Mengubati kekacauan hati adalah penting untuk membukakannya bagi menerima maklumat dari Alam Malakut. Hati yang kacau itu boleh diseimbangkan dengan cara menundukkan semua anasir dan unsur tadi kepada syariat.

Syariat menjadi tali yang dapat mengikat musuh-musuh yang cuba menawan hati. Penting bagi seorang murid yang menjalani jalan kerohanian menjadikan syariat sebagai payung yang mengharmonikan perjalanan anasir-anasir dan daya-daya yang menyerap ke dalam diri agar cermin hatinya bebas daripada gambar-gambar alam maya.

Bila cermin hati sudah bebas daripada gambar-gambar dan tarikan tersebut, hati dapat menghadap ke Hadrat Ilahi. Selain tarikan benda-benda alam, hati boleh juga tunduk kepada syahwat.

Kedua, syahwat bukan saja rangsangan hawa nafsu yang rendah. Semua bentuk kehendak diri sendiri yang berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t adalah syahwat. Peranan syahwat adalah mengajak manusia supaya lari dari hukum dan peraturan Allah s.w.t serta membangkang takdir Ilahi. Syahwat membuat manusia tidak redha dengan keputusan Allah s.w.t. Seseorang yang mahu menuju Allah s.w.t, perlulah melepaskan dirinya dari belenggu syahwat dan kehendak diri sendiri, lalu masuk ke dalam benteng aslim yaitu berserah diri kepada Allah s.w.t dan redha dengan takdir-Nya.

Ketiga, kelalaian diistilahkan sebagai junub batin. Orang yang berjunub adalah tidak suci dan dilarang melakukan ibadat atau memasuki masjid. Orang yang berjunub batin pula tertegah dari memasuki Hadrat Ilahi. Orang yang di dalam junub batin iaitu lalai hati, kedudukannya seperti orang yang berjunub zahir, di mana amal ibadatnya tidak diterima. Allah s.w.t mengancam untuk mencampakkan orang yang bersembahyang dengan lalai (dalam keadaan berjunub batin) ke dalam neraka wil. Begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang menghadap-Nya dengan hati yang lalai. Mengapa begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang lalai ? Bayangkan hati itu berupa dan berbentuk seperti rupa dan bentuk kita yang zahir.

Hati yang khusyuk adalah umpama orang yang menghadap Allah s.w.t dengan mukanya, duduk dengan tertib, bercakap dengan sopan santun dan tidak berani mengangkat kepala di hadapan Maharaja Yang Maha Agung. Hati yang lalai pula adalah umpama orang yang menghadap dengan belakangnya, duduk secara biadab, bertutur kata tidak tentu hujung pangkal dan perbuatannya sangat tidak bersopan. Perbuatan demikian adalah satu penghinaan terhadap martabat ketuhanan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi. Jika raja di dunia murka dengan perbuatan demikian, maka Raja kepada sekalian raja-raja lebih berhak melemparkan kemurkaan-Nya kepada hamba yang biadab itu dan layaklah jika si hamba yang demikian dicampakkan ke dalam neraka wil. Hanya hamba yang khusyuk, yang tahu bersopan santun di hadapan Tuhannya dan mengagungkan Tuhannya yang layak masuk ke Hadrat-Nya, sementara hamba yang lalai, tidak tahu bersopan santun tidak layak mendekati-Nya.

Perkara yang keempat adalah dosa-dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ia menujung seseorang daripada memahami rahsia-rahsia yang halus-halus. Pintu kepada Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi adalah taubat ! Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahasia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat, samalah seperti orang yang mati syahid yang belum menjelaskan hutangnya terpaksa menunggu di luar syurga.

Jika dia mahu masuk ke dalam Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi yang mengandungi rahsia yang halus-halus wajiblah bertaubat. Taubat itu sendiri merupakan rahsia yang halus. Orang yang tidak memahami rahasia taubat tidak akan mengerti mengapa Rasulullah s.a.w yang tidak pernah melakukan dosa masih juga memohon keampunan sedangkan sekalipun baginda s.a.w berdosa semuanya diampunkan Allah s.w.t. Adakah Rasulullah s.a.w tidak yakin bahwa Allah s.w.t mengampunkan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan baginda s.a.w ?

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Khamis, 19 Oktober 2017

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

11:02:00 PTG 0
Isteri Terbaik Adalah Isteriku
Isteri Terbaik Adalah Isteriku
Menyiarkan artikel yang bertajuk Isteri Terbaik Adalah Isteriku adalah satu keputusan yang paling sukar sepanjang saya mejadi blogger. Artikel sedemikian bukanlah minat saya kerana artikel yang memuji diri sendiri, anak atau isteri adalah artikel  yang membuat kita "menyampah".

Namun aku terus mendesak untuk menulis artikel ini setelah difikirkan sedalam-dalamnya. Kenapa aku kata Isteri Terbaik Adalah Isteriku.

Isteri Terbaik Adalah IsterikuLahirnya seorang wanita yang bergelar isteri, tugas utamanya beralih kepada suaminya. Dan isteri aku mempunyai segala-galnya. Ya, wanita zaman ini mungkin banyak mendesak tapi lama kelamaan biasalah kita dan lagi pun kita bukan mahu isteri yang terlalu mengikut kata kita hingga tidak boleh berfikir sendiri kan.

Perkara yang membuat aku begitu menghargainya ialah ketika aku dibuang kerja. Selam 3 bulan aku tidak tidak bekerja dan wang simpanan bukannya ada, Gadai barang kemas, minta bantuan emaknya dan adiknya dan aku sendiri bertuah mempunyai ibu yang memahami diriku.

Selama 3 bulan beliau iaitu isteriku tabah melayani suaminya yang tidak bekerja. Siapa kata aku tak risau. Duit rumah, duit kereta, perbelanjaan bulanan semuanya wajib kena bayar. Isteri sendiri pun berhenti membantu keluarganya disebabkan aku.

Tak pernah mengeluarkan suara walau sedikitpun tentang masalah kami. Malah menyokong apa jua tindakan aku. Itulah pengorbanan terbesar isteri aku.

Dan melalui pengorbanan beliau dan doa wanita-wanita terbaik dalam hidupku iaitu ibuku dan isteriku. Bulan keempat  aku  amemperolehi pekerjaan. Jika sebulan lagi tak bekerja, habis semua harta kami. Syukur alhamdulilah.

Untuk mengenal isteri kita betul-betul menyokong kita adalah waktu kesusahan kita paling tertinggi. Dan saya bertuah isteri saya 100% cuba memahami masalah aku ketika itu. Rasanya tak mahu lalui ujian sedemikian lagi. Mental terus jatuh dan keyakinan diri kosong. Hanya keluarga yang menyokong anda.

Dan sebagai suami, aku banyak menyakiti hatinya secara sedar atau tidak. Tapi itulah sikap wanita, merajuk dan kemudian pulihkan diri sendiri...hahahahaha.

Dari segi pergaulan pula. Jangan mimpi ada lelaki lain nak bergurau-gurau kasar dengan beliau. Isteri aku setakat aku mengahwaninya belum pernah lihat ia bergurau dengan rakan-rakan lelaki aku atau melihat lebih batasan pergaulan dengan mana-mana lelaki. Aku tahu ler sebab kami satu tempat kerja.
Bukanlah aku melarang dia berkawan dengan mana-mana lelaki maksudnya pergaulannya ada batasnya.

Satu rahmat yang terbaik, sebab aku adalah lelaki yang kuat cemburu walaupun aku tak akuinya. Dan sikap isteri ku yang pandai menjaga dirinya memadamkan cemburu aku.

Manakala dengan pergaulan rakan wanita. Ramai rakan-rakan wanita beliau sering ajak keluar tetapi beliau tidak pernah pergi hingga hari ini. Belum pernah dalam sejarah aku berkahwin dengan isteriku. Aku melihat dia berjimba dengan rakan-rakan wanitanya. Malah aku pun tak pernah kenal rakan sekolah wanitanya. Semua ditanam selepas beliau berkahwin.

Kenapa? Untuk mengelakkan aku salah faham atau terpengaruh dengan aktiviti yang tidak baik.
Untuk siapa, sudah tentu untuk menjaga hati aku.

Tahukah anda bahawa isteri aku tidak tahu memandu kereta? Berkali-kali aku mendesaknya untuk belajar memandu kereta namun tidak kesampaian.

Isteriku sengaja tidak mahu belajar kerana dia tahu sikapnya yang suka berjalan-jalan. Dan takut kalau ada lesen kereta, mejadi lupa diri dan melalui pengalaman beliau dengan rakan-rakannya yang mempunyai lesen memandu. Semuanya terlalu bebas dan ada yang tersasar.

Jika mahu diceritakan terlalu banyak kebaikan dalaman isteri ku  ini. Orang yang paling aku sayang dan belum pernah aku ucapkan sedemikian di hadapannya.
Aku lelaki tipikal melayu macam ini ler, susah nak sebut Isteriku Adalah Nyawaku,

Terima kasih isteriku, walau pun abang kau ini gemuk dan degil dan suka sepah barang. Walau pun cayang suka berleter setiap hari, sayang adalah permata abang. Abang sayang kamu.

Aku menulis di blog ini yang tidak mungkin dibaca oleh isteriku. Ini adalah blog sampingan aku.
Aku menulis di sini keran aku bersyukur nikmat yang Allah berikan padaku.

Betul...setiap ujian yang Allah berikan kita ada hikmahnya.Aku adalah sebahagian insan bertuah menerima ujianNya dan hikmahnya memang tiada nilainya. amin.


Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku

Isteri Terbaik Adalah Isteriku


KATA-KATA TERAKHIR STEVE JOB

4:48:00 PTG 0
KATA-KATA TERAKHIR STEVE JOB

KATA-KATA TERAKHIR STEVE JOBs
Pengasas/pemilik APPLE Co.

Dalam ayatnya...tapi terlambat...

Bayangkan kekayaan bersih USD 10.5 Billion
atau setara RM 46 Billion mati kerana kanser. Terbukti kekayaan tidak mampu membeli sebuah kesihatan.

Meninggal pada
5 Oktober 2011.
Beliau lahir 24 Februari 1955.
Meninggal dunia pada usia 46 tahun.
.
Kata-kata terakhir
Steve Jobbs
sebelum meninggal:
.
Dalam dunia business,
aku adalah simbol dari kejayaan,
seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan,kerana selain kerja, hobiku tak banyak.
.
Saat ini
aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan, nama, dan kedudukan, semuanya itu tidak ada ertinya lagi.
.
Malam yang hening,
cahaya dan suara mesin
di sekitar katilku, bagaikan nafasnya
maut kematian yang hampir pada diriku.
.
Sekarang aku mengerti,
seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja
itu sudah cukup.
.
Mengejar kekayaan tanpa batas itu
bagaikan monster yang mengerikan.
.
Tuhan memberi kita organ-organ perasa,
agar kita boleh merasakan cinta kasih
yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam.
.
Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah - itu hanya ilusi saja.
.
Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup,
tak mungkin boleh ku bawa pergi.
.
Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku.
.
Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.
.
Katil apa yang termahal di dunia ini ?
Katil orang sakit.
.
Orang lain boleh bukakan kereta untukmu,
orang lain boleh kerja untukmu,
tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu.
.
Barang yang hilang boleh didapatkan kembali,
tapi nyawa hilang
tak boleh kembali lagi.
.
Saat kamu masuk
ke bilik bedah,
baru kamu sedari betapa berharganya kesihatan itu.
.
Kita berjalan di jalan kehidupan ini.
Dengan berlalunya waktu,
suatu saat akan sampai tujuan.
.
Bagaikan panggung pentas pun,
tirai panggung akan tertutup,
pentas telah berakhir.
.
Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah
hubungan kasih antara keluarga, cinta akan suami-isteri dan juga kasih persahabatan antara teman.
.
HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA,
.
ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG .
.
Source : Sessi Interview kepada beliau dari Magazine "The Last Word"
.
Ingat lah, Segala-galanya perlukan wang..
Tapi wang bukan segala-galanya..
Hanya yang mengenal Allah hati akan tenang..