Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 12 Jun 2017

PERISTIWA 17 RAMADHAN

8:44:00 PTG 0
PERISTIWA 17 RAMADHAN
PERISTIWA 17 RAMADHA
1. Penurunan Al-Quran
- Bulan Ramadhan menjadi saksi akan turunnya Al-Quran Nur Kareem sebagai hidayah dan pemberi penjelasan bagi seluruh manusia bagi memisahkan yang haq dan bathil. Walaupun tarikhnya berbeza pandangan tetapi apabila dirujuk keseluruhan ulama' mengatakan bahawasanya yang turun di bulan Ramadhan itu termasuk suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS dan kitab-kitab samawi yang dahulu seperti Zabur, Taurat & Injil. Bulan Ramadhan menjadi saksi turunnya kesemua wahyu dari Allah SWT kepada para Anbiya', dipilih bulan Ramadhan turunnya risalah menunjukkan kemuliaan yang ada pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.

2. Peperangan pertama umat Islam Perang Badar
- Pada tepatnya 17 Ramadhan pada tahun ke 2 hijrahnya Nabi Muhammad Rasulullah SAW juga dicatitkan oleh ahli sejarah dimana berlakunya peperangan pertama Umat Islam berjumlah 313 tentera dengan tentera musyrikin dengan jumlah 1000 tentera dalam Perang Badar. Hari Perang Badar adalah hari yang Allah Ta'ala turunkan dengan ramainya para Malaikat untuk menyaksikan peperangan pertama umat Islam. Bagaimana tidak turun begitu ramainya para Malaikat sedangkan itu adalah peperangan pertama Umat Islam, golongan yang ingin Allah ta'ala muliakan dan puasa PERTAMA yang umat Islam diwajibkan berpuasa yang Allah Ta'ala wahyukan kepada Rasulullah SAW bertepatan pada bulan Sya'aban yang mewajibkan umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bagaimana Allah tidak memuliakan mereka yang hadir dalam Perang Badar, sehingga para Malaikat turun menjadi saksi ujian dari Allah yang menimpa umat Islam. Itu tahun pertama umat Islam berpuasa, tahun pertama umat Islam berperang, di situ Allah Ta'ala melihat umat Islam berjihad di jalan Allah Ta'ala.

Sumber : Muhammad Nazrul

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal

Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara

3:41:00 PTG 0
Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara
Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara
*1) tangan adalah aurat*
*2 ) kaki juga adalah aurat*
*3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka daripada dada*

*Perempuan selalu alpa dua perkara:*

*1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan.*
*2) tidak memakai stokin.*

*Dan perempuan leka tentang dua perkara:*

*1) aurat mereka adalah maruah mereka*
*2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati*

*Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.*


*"Perempuan"*
Dia tgh tidur, tapi malaikat tulis dosa dia.
Dia tgh solat, tapi malaikat tulis juga dosa dia.
Dia makan, belajar, mandi, tapi malaikat tetap juga catit dosa dia.
Dia tak buat apa2 pun malaikat tetap catit dosa dia.
Ehh.... apa salah dia?

Ohh, rupa2 nya byk mata sdg melihat gambarnya yg tidak menutup aurat di media sosial. Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya...
Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.

Ahad, 11 Jun 2017

12 Sikap Orang Berjaya

8:46:00 PTG 0
12 Sikap Orang Berjaya
12 Sikap Orang Berjaya
*Sikap 1: Bersyukur.*

Orang berjaya sentiasa bersyukur. Tak kiralah samada apa yang mereka usahakan mencapai sasaran atau tidak, mereka tetap bersyukur. Mereka akan cuba mencari kebaikan dalam semua perkara dan berusaha untuk melihat dari sudut yang baik-baik.

Mereka faham, bila mereka bersyukur lebih banyak perkara yang baik-baik akan datang. Dan, mereka juga tahu ada ramai lagi yang lebih kurang bernasib baik dari mereka.

*Sikap 2: Membina keyakinan.*

Keyakinan memang tidak akan datang dengan sendiri. Anda perlu berusaha untuk mendapatkan rasa yakin. Orang berjaya akan membina keyakinan mereka dengan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya tentang sesuatu perkara. Yang paling menarik, mereka akan mendapatkannya dari beberapa sumber dan mengkajinya sehingga dirasakan sesuai dengan mereka.

Dalam Islam, ada 4 keyakinan yang kita perlu miliki iaitu Ilmul Yaqin, Ainul Yaqin, Haqqul Yaqin dan Qamalul Yaqin.

*Sikap 3: Tidak membanding-bandingkan diri sendiri.*

Orang yang berjaya tidak akan membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Mereka akan menerima kekurangan diri sendiri sebaiknya dan cuba memperbaikinya. Dan, segala kebaikan mereka ada, dilihat sebagai peluang untuk membantu orang lain.

*Sikap 4: Suka membantu orang lain.*

Ini memang susah! Orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menambah nilai hidup orang lain. Mereka akan memberi bantuan dalam apa cara yang mereka boleh termasuk suka berkongsi ilmu.

*Sikap 5: Memupuk perhubungan sosial.*

Jarang kita dapat lihat, orang yang berjaya tidak suka bercampur-gaul dengan orang lain. Jika ada pun, mungkin mereka ada masalah tertentu. Di mana-mana, kita selalu melihat orang-orang yang berjaya mudah untuk membina perhubungan positif terutama di dalam persekitaran yang baik dan positif.

Kadang-kadang ada antara mereka cuba membina perhubungan dengan orang yang di luar lingkup sosial mereka dengan harapan untuk memberi peluang kepada orang lain untuk dapat lebih kebaikan.

*Sikap 6: Mempunyai strategi sendiri.*

Orang berjaya tidak mengambil pendekatan hentam sahaja dalam melakukan sesuatu terutama perkara-perkara besar. Mereka selalunya akan mengambil kira beberapa faktor seperti adakah ianya membawa kebaikan, berapa lama masa yang perlu diluangkan, adakah kebaikan tersebut untuk jangka panjang dan banyak perkara lagi. Disamping itu, mereka juga mempunyai strategi untuk menerima kegagalan. Kerana mereka yakin, ada perkara boleh berlaku di luar jangkaan dan setiap kegagalan ada pengajarannya.

*Sikap 7: Memaafkan.*

Ini memang sukar! Orang berjaya mudah memaafkan. Sebagaimana mereka tidak mahu orang lain tidak memaafkan mereka, mereka juga tidak mahu menyimpan dendam. Bagi mereka, dendam boleh membinasakan. Dendam adalah perasaan negatif yang boleh menjadi racun dalam diri.

Ada juga orang yang berjaya kerana menjadikan dendam sebagai satu motivasi positif. Tapi, mereka adalah berdendam bukan kepada orang tetapi kepada peristiwa yang menjadikan mereka terinspirasi untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih baik.

*Sikap 8: Menambahkan pengalaman.*

Jika anda perhatikan, orang yang berjaya suka mencari pengalaman-pengalaman baru. Mereka sentiasa mencari peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, melancong ke lokasi yang baru, melakukan aktiviti-aktiviti yang berbeza dan banyak lagi. Ini kerana mereka suka menguji diri mereka untuk mengatasi halangan dan cabaran yang berbeza. Pada setiap perkara baru yang mereka lakukan, pasti ada halangan dan setiap kali mereka mengatasi halangan-halangan mereka mencipta kejayaan baru.

*Sikap 9: Menikmati kehidupan.*

Pelik sikit! Orang yang berjaya selalunya menikmati setiap saat kehidupan mereka. Mereka meraikan walaupun sekecil-kecil kejayaan. Ini kerana mereka sangat menghargai nyawa dan waktu yang diberikan Tuhan. Oleh sebab itu ‘lah, kita selalu lihat orang yang berjaya selalu mengelilingi diri mereka dengan perkara-perkara yang membawa kegembiraan kepada mereka.

*Sikap 10: Komitmen yang tinggi untuk mencapai impian.*

Ini memang jarang ada pada orang yang biasa-biasa. Tahap komitmen orang yang berjaya adalah sangat tinggi. Mereka akan memastikan mereka capai apa yang mereka mahukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga mempunyai disiplin diri yang kuat, tidak mudah terganggu dengan keadaan sekitar dan sangat fokus dalam melakukan tindakan yang membawa mereka ke arah kejayaan.

Boleh dikatakan, orang yang berjaya akan ketagih mencipta kejayaan-kejayaan lain, sebab itulah mereka akan sentiasa berjaya.

*Sikap 11: Menjaga kesihatan.*

Apa gunanya kejayaan jika tubuh badan tidak sihat untuk menikmatinya? Oleh kerana itu ramai orang yang berjaya akan mengambil langkah sebaiknya untuk menjaga kesihatan. Mereka menjaga pemakanan, bersenam, beriadah, mengambil vitamin dan juga tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesihatan mereka.

Ini adalah penting! Kesihatan yang baik juga sebenarnya suatu kejayaan.

*Sikap 12: Menjaga perhubungan dengan Allah swt.*

Sebesar mana pun usaha yang diambil, setinggi mana pun cita-cita kita, hanya dengan izin Allah kejayaan akan dicapai. Orang yang berjaya sangat berpegang teguh kepada perkara ini. Mereka bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat. Mereka sangat yakin, bahawa Allah yang memberikan mereka kemampuan untuk berusaha dan menganugerahkan mereka dengan kejayaan dan juga Allah boleh menarik balik segala anugerah tersebut sekelip mata.

Yang mereka kejar ialah kejayaan di akhirat.

Boleh dikatakan, orang yang berjaya sangat ketagih untuk mencipta kejayaan baru. Mereka takkan membiarkan diri mereka hanyut dalam satu kejayaan sahaja. Mereka mahu mengispirasikan seluruh dunia dengan kejayaan mereka. Anda pernah kenal orang seperti ini, atau adakah anda orang yang seperti ini.

Sikap mana yang anda belum ada? Masih belum terlambat untuk lakukan sesuatu.

Salam kejayaan..

#JustMotivation

Sabtu, 10 Jun 2017

CARA MENGAWAL HAWA NAFSU

5:08:00 PTG 0
CARA MENGAWAL HAWA NAFSU

Dikisahkan seorang pemuda datang kepada seorang alim dan berkata,

"Saya seorang lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang kuat. Saya tidak dapat menahan diri dan mata dari melihat orang yang lalu lalang di bazar atau pasar. Apa perlu saya lakukan untuk menahan diri saya?"

Orang alim itu memberikannya secawan penuh air susu dan mengarahkannya untuk menghantar ke satu alamat dengan syarat dia tidak boleh menumpahkan air susu tersebut walau sedikitpun.

Dia akan ditemani seseorang untuk mengawasinya dan jika ia menumpahkan air susu tersebut maka dia akan dipukul dengan kuat.

Akhirnya pemuda tersebut berjaya menghantar air susu itu ke tempat yang diarahkan tanpa tumpah walau sedikitpun.

Orang alim bertanya kepadanya,

"Apakah dan siapakah yang kamu lihat sepanjang perjalananmu tadi?"

Pemuda itu menjawab,

"Saya tidak sedarpun apa apa yg berlaku di sekeliling saya sebab saya asyik memberi tumpuan kepada air susu yang saya bawa, takut bertumpah dan saya pasti malu jika dipukul di khalayak ramai."

Orang alim pun berkata,

"Situasi yang sedang kamu hadapi samalah seperti keadaan orang yang beriman. Orang beriman bimbang Allah akan menghinanya di hadapan ramai orang pada hari kiamat, jadi imannya itu tersimpan kukuh didalam hatinya."

Pengajaran:
Orang yang sentiasa menjaga tindakan didalam kehidupan ataupun berhati hati dan bersungguh sungguh menjaga imannya, takut berbuat dosa dan tidak menghiraukan pandangan manusia kerana Allah SWT semata mata, mereka akan lebih fokus kepada hari pengadilan atau hari pembalasan.

Kalam Ulama.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

CARA BERDAKWAH KEPADA PENDOSA

5:06:00 PTG 0
CARA BERDAKWAH KEPADA PENDOSA

Pernah sekali Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi menceritakan usaha bapa beliau (Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi rah ) dalam memahamkan tanggungjawab dakwah kepada umat Islam.

Maulana yusuf berkata "Bapaku telah berdakwah kepada sekumpulan perompak di pinggir bandar Delhi. Setelah puas memujuk perompak tersebut, akhirnya perompak tersebut akur dengan dakwah Maulana Ilyas. Maka Maulana Ilyas telah beritahunya, 'tuan
juga bertanggungjawab dalam usaha dakwah ini.'

"Maka perompak tersebut berkata, 'seumur hidup aku, aku tidak solat, puasa, membaca al-Quran, segala perintah Allah, aku telah langgar, orang macam aku tuan suruh buat usaha dakwah.'

"Maka Maulana Ilyas menjawab, 'Ye, tuan juga bertanggungjawab dalam usaha dakwah dan diharapkan supaya dengan usaha dakwah yang tuan buat, insyallah, akan hidup kembali perintah Allah dalam diri tuan'."

Maka perompak itu bertanya lagi, "Aku tak tahu jika aku buat usaha dakwah, apa yang aku hendak cakap, aku ini jahil, pendosa lagi terhina di sisi masyarakat."

Maka Maulana Ilyas berkata lagi, "Jika begitu tuan pergi kepada ahli masyarakat di tempat tuan, tuan katalah begini, 'aku ini seorang yang jahil, aku telah habiskan masa aku dalam kejahilan, sekarang aku telah bertaubat.Tuan- tuan semua pergilah ke masjid, pelajarilah iman, pelajarilah hukum-ahkam. Jangan jadi macam aku'."

Maka si perompak itu dengan perasaan yang berkobar-kobar melakukan apa yang diajar oleh Maulana Ilyas kepadanya.

Maulana Yusuf berkata, "Sewaktu kecil aku telah lihat lelaki (perompak tadi) tidak pernah berputus-asa dari melakukan usaha dakwah. Aku lihat, beliau bersungguh- sungguh dalam melakukan dakwah sehingga setiap kali perkataan dakwah keluar dari mulutnya, pasti deraian air mata beliau akan keluar sekali di sebabkan kasihnya beliau kepada masyarakatnya."

(Rujukan Sawanih Maulana Muhammad Yusuf Kandhalawi)

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Jumaat, 9 Jun 2017

Istighfar Dan Keuntungannya

7:08:00 PG 0
Istighfar Dan Keuntungannya

Allah SWT berfirman :

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا.
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun

 يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا.
 (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

 وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا.
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). [Surat Nuh 10-12]

Guru kami Ustaz Fazlul Rahimi telah membawakan kisah dibawah ini untuk kita memahami akan kelebihan yang akan diperolehi oleh mereka yang melazimi istighfar.

Imam Al-Qurthubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahwasanya ia berkata :

"Ada seorang laki-laki mengadu kepada Al-Hasan Al-Bashri tentang kegersangan (bumi) maka beliau berkata kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Yang lain lagi berkata kepadanya, 'Do'akanlah (aku) kepada Allah, agar Ia memberiku anak!, maka beliau mengatakan kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!. Dan yang lain lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan (pula) kepadanya, 'Ber-istighfar-lah kepada Allah!".

Maka,

"Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;"

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)."

Dr Yusuf al-Qaradawi menyenaraikan beberapa adab dan syarat untuk kita  melakukan istighfar.
(1) Niat yang ikhlas kerana Allah
(2) Mesti ada persamaan hati dengan apa yang dilafazkan pada lidahnya.
(3) Mesti dalam keadaan suci zahir dan batin.
(4) Mesti ada perasaan takut dan berharap kepada Allah
(5) Beristighfarlah pada waktu sahur atau dipenghujung malam.
(6) Istighfarlah pada waktu sujud terakhir ketika solat.
(7) Pohon ampun untuk diri dan orang lain
(8) Memohon doa keampunan dalam keadaan yang diajarkan oleh nabi.

Wallahu'alam.

Khamis, 8 Jun 2017

Doa Penyembuh Koma Dan Pengsan

8:58:00 PTG 0
Doa Penyembuh Koma Dan Pengsan
Perkongsian Jumaat dari Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Sharhan Shafie pagi tadi ( buat mereka yang tak berkesempatan) yang sempat disalin .

Doa Penyembuh Koma Dan Pengsan
Ada pemanggil (perempuan) bertanyakan tentang doa bagi membantu suaminya yang koma lebih setahun akibat kemalangan. Ustaz Sharhan berkongsi doa yang belum pernah disiarkan di TV sebelum ini.

Sejarah koma (tak sedarkan diri) menurutnya adalah dari kisah permohonan Nabi Musa a.s untuk melihat Allah.

Kata Ustaz Sharhan, doa yang dibaca (Firman Allah) ini boleh dibacakan pada orang koma atau jatuh pengsan.

Caranya dengan membacakan doa tersebut pada air zamzam dengan diberi minum kepada pesakit (juga boleh disudukan) atau dibasahkan bibir pesakit dengan kapas supaya masuk ke mulut (basahkan dengan air zamzam yang dibacakan doa tersebut).

Atau kita juga boleh menyapu muka pesakit hingga ke ubun-ubun (tempat roh keluar) dengan air zamzam yang sudah dibacakan dengan doa tersebut.

Kita juga disarankan amalkan doa tersebut supaya dijauhkan dari tidak sedarkan diri atau pengsan dalam apa jua keadaan, in sha Allah.

Doa tersebut adalah dari surah An-Nisa' ayat 164 iaitu

"Wakallamallahu musaa taklima".


Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Wallahua'lam.
Disini ada video  Ustaz Sharhan :

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

11:56:00 PG 0
TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "SuTUJUH_MAHKOTA DUNIA_AKHIRAngguh Kami telah menciptakan atas kamu semua #Tujuh Buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)

1). 👑 *MAHKOTA* *ZIKIR*

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir.

2). 👑 *MAHKOTA* *TASBIH*

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3). 👑 *MAHKOTA* *DOA*

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar

4). 👑 *MAHKOTA* *ISTIGHFAR*

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5). 👑 *MAHKOTA* *PERLINDUNGAN*

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6). 👑 *MAHKOTA* *PELEPAS BENCANA*

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7). 👑 *MAHKOTA* *PENENANG_HATI*

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.