Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani - Islam Is Great

Islam Information

Jumaat, 12 Januari 2018

Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

 Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani...........
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu:

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."
Dan jika kamu bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

Dan jika bertemu orang tua pula, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Dan jika kamu bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan aku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah aku capai, mengetahui apa yang tidak akan aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Dan jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Dan jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."
Kesimpulannya; Tidak akan rugi jika kita bersangka baik terhadap insan yg lain, daripada kita bersangka buruk terhadapnya yang boleh mendatangkan dosa. Sematkanlah ke dalam hati kita agar iman akan bertambah, aqidah dan akhlak juga akan terjaga.
(Dipetik daripada facebook Tanyalah Ustaz)

Tiada ulasan: