BETULKAN CARA PANDANGMU - Islam Is Great

Islam Information

Selasa, 9 Januari 2018

BETULKAN CARA PANDANGMU

BETULKAN CARA PANDANGMU
Berkata Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu :

      " Setiap kali datang nya tahun baru , membuat daku risau dan resah selalu , kerana semakin singkat umur ku , semakin dekat ajal ku , semakin tipis pengampunan الله terhadap ku , dan semakin dekat nya hari perhitungan ku ."

Selagi dinamai kehidupan ,
Umur adalah kesempatan
Mudalah dengan kesungguhan
Dewasa lah dengan pengajaran

Tua lah dengan pengalaman
 Lapang lah dengan kemaafan
Sibuk lah dengan kebaikan
Kaya lah dengan kemurahan

Miskin lah dengan keredhaan
Kuat lah dengan kesabaran
Hidup lah dengan ketaatan
Mati lah dengan keimanan

Dan Berbahagialah dengan baik sangka ...

        " Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasulullah pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab ..."   
               
         " Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama الله pun akhirnya menjadi pedang-nya الله (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid ". 
       
        " Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a , dikejar oleh para bidadari syurga ".     
       
         " Jangan memandang orang dari  status dan hartanya. Kerana sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga ".

‎والله أعلم ،
‎ الحقير الى الله.
‎ماشاءالله تبارك الله.

Tiada ulasan: