IMAMS (INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM SDN, BHD.) - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 16 Disember 2017

IMAMS (INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM SDN, BHD.)

IMAMS (INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM SDN, BHD.)


Isu IMAMS yang menjerat muslim untuk umrah. Nak ibadat pun kena GST...


BONGKAR PENYELEWENGAN KPK & (IMAMS) ISU VISA DAN GST UMRAH

Oleh: Ustaz Abu Syafiq 0192713781

1- Saya menyokong hasrat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) melalui Lesen Khas Umrah (LKU) yang mendakwa cuba membantu para Jemaah Umrah daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Namun sedih apabila satu pengumuman terbaru oleh Kementerian tersebut tanpa merujuk kepada undang-undang  sedia ada telah mengenakan pelbagai bayaran tambahan keatas setiap Jemaah Umrah termasuk GST.

2- Mari kita hayati dengan mudah dan berbukti dengan fakta tentang penyelewengan Kementerian ini bersama sebuah syarikat swasta bergelar IMAMS (INTEGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM SDN, BHD.)

3- Pada 11.Julai 2014 Timbalan Pengarah Unit GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Tan Sim Kiat berkata kepada akhabar bahawa Tiada GST dikenakan keatas Pakej Umrah dan Haji ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan oleh ejen pelancongan tempatan (LTA) untuk diuruskan bagi pelancongan ke luar negeri hanya akan dikenakan yuran biasa (gambar  bukti 1). 

Apabila kita semak status terbaru dari Kastam Diraja Malaysia jelas menyebut pada GST yang dikenakan keatas Syarikat Pelancongan pada pakej Umrah dan Haji adalah SIFAR iaitu tidak dikenakan apa-apa cukai GST pada pakej pelancongan untuk haji dan umrah (gambar bukti 2). 

Perkara ini juga kerap dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji sendiri berkali-kali dan perkara ini kekal sehingga ke hari ini. Malangnya KPK melalui timbalannya yang agak kurang cermat telah mengumumkan RM 5.10 cukai GST ini dikenakan keatas pakej Umrah tanpa merujuk kepada pihak Kastam seolah-olah timbalan menteri boleh suka-suka umum sana kena GST sini tak kena. 

Kepimpinan apakah ini? Adakah patut ahli UMNO sendiri perlu memikirkan kembali untuk PRU akan datang? Perkara ini sangat memalukan Kerajaan Dato Seri Najib sendiri.

4- IMAMS.. sedap namanya. Keuntungan bakal dikaut dianggarkan melebihi puluhan juta setiap tahun. Takpalah jika ia rezeki halal namun jika tidak maka penipuan yang cuba dibenteras dulu kini datang pula lintah darat yang lebih mengaut keuntungan berlipat kali ganda dalam masa yang singkat berbanding si penipu sebelumnya. 

Dalam berita rasmi laman kerajaan Perbadanan Putrajaya menyatakan dengan jelas bahawa Syarikat yang menggendalikan projek ini iaitu Integrated Manasik Monitoring System sdn, bhd (IMAMS) adalah kesemunya termasuk ketua dan pekerjanya terdiri daripada warga Malaysia beragama Islam (gambar 3). 

Namun apabila kita mengkaji sekali lagi pembohongan dilakukan oleh KPK dan IMAMS. Semalam 15.12.2017 tersebar satu surat rasmi daripada IMAMS berkaitan isu ini dan seolah mendabik dada ia arahan keatas semua Jemaah Umrah wajib membayar RM 90.10 padahal IMAMS hanya sebuah syarikat swasta yang baru sahaja berdaftar dan belum berstatus aktif lagi dalam SSM.

(gambar 4) Dalam surat tersebut jelas menunjukkan ia ditanda tangani oleh seorang Kristian kafir bernama Ryan Loh. Ya agama Kristian memang kafir sebab jelas dalam Al-Quran sebut Kristian/Nasara ini kafir. Ryan Loh yang sering ke Gereja dalam program Baptis Kristian merupakan antara orang utama dalam projek IMAMS ini bahkan merupakan penggerak utama dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi IMAMS (gambar 5&6). 

5- Banyak lagi penipuan KPK dan IMAMS ini bakal saya bongkarkan. Tapi cukuplah sampai point ke 5 untuk kali ini sebagai pembuka selera pembaca yang suka mengkaji dengan fakta keatas auta. 

TAKAFUL UMRAH DAN BAYARAN. 
KPK bersama IMAMS pada bayaran RM 90.10 yang dikenakan keatas setiap Jemaah Umrah. RM 45 daripadanya didakwa sebagai bayaran bagi pengurusan maklumat pakej umrah (gambar bukti 7). 

Wau!..baca sekali lagi dan dengar kenyataan KPK sendiri dalam akhbar rasmi lidah kerajaan. RM 45 setiap seorang Jemaah umrah kena bayar kepada IMAMS dan KPK hanya kerana untuk mendapat maklumat pakej umrah. Fuyyo.. kita ni zaman batu ke Datuk Wira? Hanya untuk mendapatkan maklumat Pakej Umrah yang didakwa telus itu kena bayar setiap seorang RM 45?! Wifi Free pun Kerajaan dah bagi lah. Alahai. Ini bayaran yang langsung tidak masuk akal. 

Bahkan auta yang jelas apabila KPK bandingkan dengan bayaran yang dikenakan oleh negara Jordan, Mesir dan Sudan. Alahai KPK kpk…Saya duduk negara arab ni lama dah. Saya pergi umrah dari sana kebanyakannya. Tidak adapun bayaran sebegitu yang dikenakan oleh mereka keatas kami mahupun rakyat mereka. Ini mungkin 3 negara yang dinamakan oleh KPK itu boleh saman atas tuduhan kononnya Kerajaan mereka mengenakan bayaran keatas setiap Jemaah umrah hanya kerana mahu mendapat maklumat pasal pakej umrah. Penipuan KPK keatas 3 negara Islam itu isu besar yang lain pula timbul.

RM 40 selebihnya pula dikenakan keatas setiap Jemaah umrah lagi. Bayaran yang ini pula katanya atas alasan Takaful pulak. Penipu betul!. Cuba lah semak balik kenyataan KPK pada Majlis Penyerahan Lesen Khas Umrah jelas menyebut bahawa Jemaah yang pilih pakej umrah dengan syarikat dibawah LKU dan berdaftar dengan IMAMS para Jemaah mendapat Takaful PERCUMA. U sendiri kata ia percuma (gambar bukti 8). Mana datang pula RM 40 setiap orang kena bayar untuk dapat manfaat Takaful tersebut? Percuma jek Jemaah kena bagi kat kamu yek?!

So sebelum ramai lagi yang akan marah kepada Kerajaan Malaysia adalah lebih baik perkara ini dibatalkan sahaja dan terus fokus kepada kerjasama antara syarikat-syarikat pengendali umrah dan KPK LKU dalam membasmi penipuan pakej ibadah umrah. Terlalu banyak cara lain disana yang boleh diperbincangkan. Bukan dengan stay lintah darat ala2 wahhabi syiah begini!

- Ustaz Abu Syafiq ( www.facebook.com/AbuSyafiq1 )





Tiada ulasan: