Bila Aku DiDuga ..Ku Teringat Nabi Ku Muhammad SAW. - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 18 November 2017

Bila Aku DiDuga ..Ku Teringat Nabi Ku Muhammad SAW.


Bila Aku DiDuga ..Ku Teringat Nabi Ku Muhammad SAW.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
Yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak seribu tahun dahulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah kerana membawa nikmat iman dan islam . Syafaatkan kami di akhirat nanti.

❤❤❤❤❤❤❤❤

Jom perbanyakkan selawat keatas Nabi Ku Muhammad SAW.

Tiada ulasan: