Islam Information

Post Top Ad

Pencuri Dalam Solat

Pencuri Dalam Solat


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَسْوَأَ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ صَلَاتَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْرِقُهَا قَالَ لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا وَلَا سُجُودَهَا

Dari Abu Sa'id Al Khudri RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah pencuri yang mencuri dalam solatnya, " para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" baginda bersabda: "Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR Ahmad No: 11106) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Solat perlu dilaksanakan dengan sempurna sama ada pada rukun perkataan, perbuatan mahupun niat.

2. Seburuk-buruk manusia ialah orang yang tidak sempurna perbuatan rukuk dan sujud ketika solat, ia dianggap pencuri dalam solat.

3. Rukuk yang sempurna dengan kedua telapak tangan diletakkan di lutut dengan jari-jari tangan terbuka dan meluruskan punggung dan leher dengan kadar 90 darjah, sedangkan sikunya renggang dari lambung (bagi lelaki) - berserta tomakninah.

4. Sujud yang sempurna dilakukan di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki - berserta tomakninah (berhenti seketika).

Ayuh pastikan kita tidak menjadi pencuri dalam solat.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

06hb Okt 2017
15hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Catat Ulasan