Islam Is Great

Islam Information

Post Top Ad

Post Top Ad

5:26:00 PTG

Bersiapkah Kita Menerima Kedatangan Dajjal


Dajjal keluar nanti bawak perempuan lawa2 mcm bidadari syurga. Telanjang bogel tau..

dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia.. Makanan orang-orang beriman ketika dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"TIDAK. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
kita kena selalu berpuasa sunat sebab waktu dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.

antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat dajjal:
- boleh menyuburkan tanaman.
- boleh turunkan hujan.
- menghidupkan yang sudah mati.
macam mana dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?

"Pergerakan dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. sangat laju!"
Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. semua pemerintahan nanti akan berada di bawahnya. bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
nanti, dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. siapa tak mengaku, derita.

hari pertama dajjal dekat dunia = setahun.
Hari ke 2 = sebulan.
Hari ke 3 = seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.
Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.

."jika dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."
- Nabi Muhammad SAW -
dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

"jika kamu berjumpa dengan dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi."
- Nabi Muhammad SAW -
Nabi dah berpesan. Jom amalkan!
semua pelusuk dunia akan diterokai oleh dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
waktu dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. tak ada siapa boleh menolong waktu tu sekalipun seorang ibu nak tolong anaknya.

"kalau kita menyorok dalam air, selamat tak dari dajjal?"
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan dajjal tu di darat, laut dan udara. tak boleh lari.
"dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."

- Syeikh Zainul Asri -
dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf, Fa dan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.
dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. neraka dajjal sebenarnya adalah syurga dan syurga dajjal adalah hakikatnya neraka.

dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti. amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah dajjal. ni hadis Nabi SAW.

sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
"yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh dajjal."
- Nabi Muhammad SAW -

☺ orang yang malas nak ambil tahu pasal dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh dajjal nanti.
Harap Disebarkan.
bukan susah pon ...sebarkan kawan2
#saya sebarkan sbb saya sayang sahabat3 semua ..
#dunia akhir zaman...
5:22:00 PTG

LARANGAN MENCELA SESAMA MUSLIM


LARANGAN MENCELA SESAMA MUSLIM

‎عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

Dari Muhammad bin Sa'd dari Sa'ad, dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Mencaci orang muslim adalah kefasikan dan memeranginya adalah kekufuran." (HR Ibnu Majah No: 3931) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mencaci orang Islam itu termasuk perbuatan fasik.

2. Memerangi orang Islam itu termasuk perbuatan kufur.

3. Allah melarang orang beriman dari saling mencela. Firman Allah:

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “ (QS. Al Hujuraat :11)

4. Imam At Thabari: larangan ini mencakup seluruh bentuk celaan dan cacian. Tidak boleh seorang mukmin mencela mukmin yang lain karena kemiskinannya, karena perbuatan dosa yang telah dilakukannya, juga sebab yang lainnya” (Lihat Jaami’ul Bayan).

5. Sikap mencela orang lain itu berpunca dari rasa sombong dan ujub terhadap dirinya sendiri yang merasakan dirinya lebih baik.

6. Seorang Mukmin tidak akan memanggil atau menggelar orang lain dengan gelaran atau panggilan yang buruk.

Marilah kita bersifat RAHMAH. Moga kita dijauhi dari sifat suka mencela dan menghina orang lain.

C&P

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
10:01:00 PG

KISAH SI ABID DAN REZEKI


Kisah seorang abid yang hidupnya sentiasa berpindah randah dari satu masjid ke satu masjid untuk beribadah kepada Allah.

Satu hari, si abid telah datang ke sebuah masjid yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Tinggallah si abid di masjid tersebut dan seperti biasa beliau menjalani rutinnya.

Setelah hampir sebulan di situ, kehadirannya mula menarik perhatian dan menjadi pertikaian oleh penduduk-penduduk kampung.

Penduduk kampung mula merasa gelisah kerana si abid itu tidak bekerja untuk menampung perbelanjaan keperluan hidupnya.

Penduduk kampung menyoal si abid siapakah yang menampung perbelanjaan sehariannya. Si abid pun menjawab bahawa segala keperluan dan makanannya telah dikurniakan oleh Allah.

Maka kecohlah kampung tersebut kerana tidak percaya dan menyangkakan bahawa si abid tersebut telah menjadi gila.

Setelah beberapa kali si abid disoal soalan yang sama, maka barulah si abid tersebut menjawab bahawa sebenarnya segala perbelanjaannya telah dibiayai oleh orang-orang yahudi.

Jawapannya ini telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung tersebut dan mereka bertindak menghalau si abid tersebut.

Maka si abid tersebut bersetuju untuk keluar dari Kampung tersebut sambil berkata : Apabila aku mengatakan bahawa Allah yang mengurniakan rezeki kepada diriku, tidak ada siapa yang mahu percaya tetapi apabila aku mengatakan bahawa manusia yang memberikan rezeki, kamu mempercayainya kerana hati-hati kamu hanya bergantung kepada sesama manusia dan bukan lagi kepada Sang Pencipta.

=======

Inilah iktibar yang boleh kita ambil agar kita kembali bertawakal kepada Allah. Dan tawakal ini bukanlah untuk menunjukkan kesombongan, kebesaran diri dan kemegahan tetapi bagi menzahirkan sifat Allah yang Maha Besar.

Apatah lagi untuk bertujuan memutuskan silatur rahim dengan menjauhkan diri dari manusia serta melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah.

Sebagai contoh, konsep tawakal tidak pernah menghalang seorang yang bertawakal itu mengambil lesen kenderaan tetapi sebaliknya bahawa kerana beramal dengan konsep tawakal itulah seseorang itu sentiasa berusaha mentaati peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa.

Dalam disiplin ilmu tarekat sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Lawaqih Anwarul Qudsiah Fi Ma'rifati Qawa'id Sufiyyah karangan Imam Abdul Wahab al-Sya'rani r.a bahawa sekiranya seorang guru mengeluarkan murid dari madrasahnya adalah setelah murid tersebut melakukan kesalahan yang berkali-kali (kebiasaannya guru telah memberi peluang sebanyak tiga kali).

Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan juga sang guru tidak mengeluarkan murid itu tadi tetapi dibiarkan sahaja kerana kasih dan bimbangnya sang guru itu terhadap muridnya agar tidak menjadi lebih buruk lagi sekiranya dikeluarkan. Tetapi tetap menjadi kebiasaan murid itu tadi mengeluarkan dirinya sendiri dari madrasah dan kasih gurunya itu kerana sifat sombong serta kejahilannya. Maka fahamilah...

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal
9:58:00 PG

Binatang Cacat Dilarang Untuk Ibadat Korban


Binatang Cacat Dilarang Untuk Ibadat Korban

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَفَعَهُ قَالَ لَا يُضَحَّى بِالْعَرْجَاءِ بَيِّنٌ ظَلَعُهَا وَلَا بِالْعَوْرَاءِ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَلَا بِالْمَرِيضَةِ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَلَا بِالْعَجْفَاءِ الَّتِي لَا تُنْقِي

Dari Al Bara bin Azib ia memarfu'kannya (kepada Nabi SAW), baginda bersabda: "Tidak boleh berkurban dengan kambing pincang dan jelas kepincangannya, atau kambing yang buta sebelah dan jelas butanya, atau kambing yang sakit dan jelas sakitnya, atau kurus yang tidak berdaging." (HR Tirmidzi No:1417) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Binatang anam yang terdiri daripada kambing, lembu, kerbau serta unta adalah antara binatang yang digunakan untuk ibadat korban.

2. Binatang yang digunakan untuk ibadat korban hendaklah terdiri daripada binatang yang sihat.

3. Tidak sah ibadat korban yang dilakukan ke atas binatang yang memiliki kecacatan yang terdiri daripada:

a. Binatang tersebut cacat dan jelas kecacatannya seperti kakinya terpotong

b. Binatang tersebut buta sebelah mata dan jelas butanya

c. Binatang tersebut sakit dan jelas sakitnya seperti berkudis atau yang menyebabkan rosak kualiti dagingnya.

d. Binatang tersebut kurus dan tidak berdaging

4. Sebaik binatang korban adalah yang baik, sihat dan gemok serta tidak memiliki kecacatan

5. Antara kecacatan binatang yang dimakruhkan untuk ibadat korban:

a. Sebahagian atau keseluruhan telinganya terpotong
b. Tanduknya pecah atau patah
c. Ekor terputus atau sebahagiannya
d. Gigi ompong atau tanggal gigi depannya
e. Sudah kering air susunya

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

20hb Ogos 2017
27hb Zulkaedah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
3:55:00 PTG

Pengertian Doa Qunut


MENGAPA APABILA TIBA bacaan Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik. ...... sehingga Falakalhamdu 'alaa maaqadhait-IMAM BACA DENGAN PERLAHAN?

Jawapan dari Imam Hakimi di Masjid Bandar Utama ialah :

Doa nombor 1 hingga 5 adalah doa minta diqabulkan ( istajab ) maka disambut 'Aamin' oleh makmum.

Lafaz nombor 6 hingga nombor 10 dibaca perlahan oleh Imam sebagai 'jalan selamat' agar makmum tidak mengaminkan, tetapi menyebut 'haqqan' yakni 'benar' kerana ia nya bukan diminta qabulkan / ista'jab tetapi kenyataan.

Seterusnya nombor 11 hingga 12 dibaca Aamin semula kerana ia nya permintaan untuk diqabulkan.

••••••••••••••••••••••••••••••••••

Bacaan Doa Qunut (Latin)

Allah hummah dinii fiiman hadait.
1)--Aamin

Wa'aa finii fiiman 'aafait.
2)-
Aamin

Watawallanii fiiman tawal-laiit.
3) -Aamin

Wabaariklii fiimaa a'thait.
4)-Aamin

Waqinii syarramaa qadhait.
5)-Aamin

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik.
6) Imam baca perlahan.
Makmum sebut Haqqan( benar )

Wainnahu laayadzilu man walait.
7) Haqqan

Walaa ya'izzu man 'aadait.
8) Haqqan

Tabaa rakta rabbanaa wata'aalait.
9) Haqqan

Falakalhamdu 'alaa maaqadhait.
10) Haqqan

Astaghfiruka wa'atuubu ilaik.
11) Aamin

Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa'alaa aalihi washahbihi Wasallam.
12) Aamin

••••••••••••••••••••••••••••••••••

ERTINYA
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan
1)

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
2)

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
3)

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
4)

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
5)

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
6)

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
*7)

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
8)

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
9)

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
10)

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
11)

(Dan semoga Allah) mencurahkann rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
12)

Moga bermanfaat
Wallahualam
7:48:00 PTG

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH


*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Luncurkan ia ke group lain. Mudah-mudahan ada rezeki yang baik untuk kita.
7:21:00 PTG

KETAATAN ADALAH TANDA MAKRIFAT


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
"Perbaikilah hubunganmu dengan Allah. Engkau harus takut terhadap hukum-hukum-Nya. Kemudian, tunaikanlah hak-hak-Nya. Jika engkau beramal atas dasar hukum-hukum Allah, bererti engkau telah beramal dengan susah payah yang benar. Bahkan engkau termasuk ikut mendorong orang lain untuk berbuat amal yang baik.

Wahai saudaraku, orang yang beriman adalah yang mahu mempelajari kewajiban yang datang dari Allah. Lalu ia beribadah kepada-Nya dan mengamalkan perintah-Nya. Mengenal Allah, lalu mencintai-Nya. Senantiasa berkhidmat kepada-Nya. Dan, ia juga benar-benar menyedari bahawa bahaya dan manfaat itu tiada lain datangnya hanya dari Allah SWT.

Hati yang tertuju kepada Allah itu lebih tenang daripada hati yang menuju kepada makhluk, sebab Allah itu satu sedang makhluk itu beraneka ragam. Dan orang yang hatinya itu tertuju pada makhluk, maka hidupnya tidak akan tenteram, kerana ketenteraman hati itu bisa tercapai bila hanya tertuju kepada Allah semata. Perlu diketahui, bahawa berhenti pada satu pintu itu lebih baik daripada beberapa pintu yang beraneka ragam.

Maka, berhentilah pada pintu Allah. Maka hidupmu akan merasa tenteram dan selalu tertuju kepada-Nya."

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Jala A-Khathir

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
8:12:00 PTG

TAULADAN DARI KISAH HIDUP SAIYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB R.A

TAULADAN DARI KISAH HIDUP SAIYIDINA UMAR BIN AL KHATTAB R.A
Suatu hari khalifah Umar bin Al Khattab berhajat untuk menyewa seekor unta bagi menziarahi seorang sahabatnya. Semasa sedang melalui sebatang pokok, tanpa disedari, serban yang sedang dipakainya, telah tersangkut dicelah ranting pokok tersebut dan terlepas dari kepalanya.

Ketika diberitahu bahawa serbannya terjatuh, Umar bergegas turun dari unta dan berlari untuk mengambil serbannya, lalu dengan cepat ia berlari kembali untuk menaiki untanya.

Si pemilik unta berkata, "Kenapa tuan tidak pusingkan sahaja unta ini untuk kembali ke belakang sedikit untuk mengambil serban tuan, wahai amirul mukminin?"

Saiyidina Umar berkata sambil tersenyum, "Sebab unta ini akadnya aku sewa untuk pergi dari rumahku menuju ke rumah sahabatku. Tidak ada perjanjian untuk keperluan lain."

Pemilik unta: "Kalau begitu, kenapa tuan tidak menyuruh aku sebagai rakyat untuk mengambil serbanmu?"

Saiyidina Umar menjawab, "Kerana serban itu milikku bukan milik kamu, kenapa pula aku mesti menyuruhmu? Apakah kamu mengira dengan jawatan khalifah ini, aku boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya memerintah orang lain untuk mengerjakan sesuatu yang tidak ada hubungannya dengan tugasku?"


SUBHANALLAH..
[N.A.M.N Renungan 2017]